Saturday 5 October 2013

Datang Kembali

Rupanya Maybank Photo Awards ( http://www.maybankphotoawards.com )  ada lagi untuk taun 2013 nie...jadi aku pun teruih antaq gambaq lagi untuk tgk pekembangan yang ada dalam diri aku lepas beberapa ketika menceburi hobi fotografi nie...malas nak letak harapan tinggi sbb pesaingan dia agak kental...jadi lepas register, upload gambaq potrait bbrapa keping pastu biaq ja apa yang akan terjadi..hari nie saja nak bkk email untuk kasi clean & tgl email yang penting ja...tgk ada email dari  Maybank Photo Awards kali nie..


aku pun tgk la, rupanya ada dua keping gambaq tersenarai dalam short list yang tak berapa nak short sgt ( http://www.maybankphotoawards.com/index.php?p=gallery )...



taun lepaih aku ada jgk hantaq tapi apa pun tadak..hantaq kosong ja, lansung x terpapar ( http://kamalzakaria.blogspot.com/2012/11/teruja.html )

Monday 19 August 2013

Family Outing

Jarang rasanya nak ada mase untuk outing family nie..gambar nie secara kebetulan masa nak pergi memancing, aku pun mmg dah standby kamera sebab aku taw tempat yang aku nak pegi nie biasanya die punya pemandangan memang cantik.  Bila dah sampai port mancing nie, memang macam yang aku jangka die punye view memang terbaik..aku pun apa lagi, trus tangkap gambaq la sebelum memancing..yang jadi talentnya aku punyer kaum kerabat yang ikot pegi mancing la..nie ada beberapa gambar hasil dari outing










Sunday 19 May 2013

Re-Post Potrait

potrait yang masih sama cuba diperbaharui dengan background yang lain serta sedikit efek...bahan dah x der, jadi x nak biarkan apa yang dah dipelajari jadi berkarat,,,edit balik potrait-potrait lama untuk exercise dan hasilnya......





















Thursday 9 May 2013

simple manipulation

manipulasi antara antara genre fotografi yang aku sangat minati..cuma nak blajo manipulasi nie agak memeningkan kepala sikit..dah lama rasanya aku cuba faham cara nak manipulasi gambar nie. sebelum nie aku hanya mampu melihat shj otai-otai dalam dunia manipulasi nie pamerkan karya diorang..selepas sekian lama aku mencuba akhirnya aku berjaya jgk hasilkan satu imej manipulasi yang simple namun membuatkan hati aku berasa lega sbb antara pekara yang aku nak buat berjaya dilaksanakan. walaupun x sehebat karya-karya kat luar sana, tp aku cukup rasa sedikit berpuas hati atas usaha aku..nie antara hasil karya manipulasi yang cukup simple..pembelajaran masih diteruskan untuk memantapkan lagi karya-karya aku..tq buat you tube & buku-buku yang sudi berkongsi ilmu....moral of the story, jgn berhnti mencuba =) . Ini beberapa keping gambar  masa aku mula-mula belajar buat manipulasi.










Wednesday 20 March 2013

Hutan Lipur Kuala Woh

aku bkn orang yang banyak masa nak pg saja-saja ke suatu tempat semata-mata untuk shoot gambo, kalau ada pun mungkin beberapa kali ja tue pown tempat semua berhampiran dgn atas sebab ajakan...jadi bila ada peluang untuk aku pg ketempat-tempat tertentu atas sebab-sebab penting, aku akan ambil peluang nie untuk tangkap gambo.  baru-baru nie aku diberi kesempatan untuk hadir bersama-sama murid-murid skolah tempat aku mengajar ke satu kem kepimpinan di Kuala Woh..seperti yang sedia maklum, Hutan Lipur Kuala Woh nie antara detinasi percutian bagi mereka yang mahukan ketenangan sebab tempat nie terletak dikawasan yang agak pedalaman & dikelilingi hutan. Selain itu juga Kuala Woh nie terkenal dengan sumber mata air panas..aku sempat ambil sedikit masa untuk lakukan hobi aku, nie antara hasil-hasilnya =)













Thursday 7 March 2013

Potrait : Anak-anak kecil

entry kali nie masih berkisar ttg potrait tetapi dalam lingkungan anak-anak kecil @budak kecik...selain dari potrait orang tua, wajah budak-budak kecik nie pown ader tarikan tersendiri. wajah tanpa dosa, sedap mata memandang...seronok ja tgk...aku kongsikan sikit hasil berkaitan potrait anak-anak kecil nie =)









Wednesday 6 February 2013

Slow Shutter

sejak beli kamera nie kalo boleh smua benda aku nak try...aku search dalam google untuk cari mende-mende unik yang boleh dibuat dengan kamera, jadi aku jumpa istilah slow shutter nie...mmg aku teruja habis tgk gambo-gambo slow shutter & nak sangat buat..jadi jalan yang aku dapat blajo untuk buat slow shutter nie dekat you tube, blajo punyer blajo akhirnya aku dapat jgk faham mcm mana nak bwat mende nie..aku selitkan skit hasil dari slow shutter aku =)







ISO


ISO adalah tahap sensitiviti kamera anda kepada cahaya yang ada. Semakin rendah nombor ISO, semakin kurang sensitif kepada cahaya, manakala nombor ISO yang lebih tinggi meningkatkan sensitiviti cahaya pada kamera anda. Komponen dalam kamera anda yang boleh menukar sensitiviti dipanggil "sensor imej" atau  "sensor". Ia adalah yang bahagian paling penting pada kamera dan ianya bertanggungjawab untuk mengumpul cahaya dan menukarnya ke dalam bentuk imej. Dengan sensitiviti meningkat (iso tinggi), sensor kamera anda boleh menangkap imej dalam persekitaran cahaya rendah tanpa menggunakan flash.






Tetapi terdapat risiko apabila menggunakan iso pada nilai yang tinggi karana kemunculan 'noise' akan berlaku, perkara ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan kualiti gambar.








Bersambung............

Saturday 2 February 2013

Shutter Speed

Kelajuan pengatup (shutter speed) adalah salah satu kawalan yang paling asas penting pada kamera. Kelajuan shutter mengawal jumlah masa filem atau sensor digital terdedah kepada cahaya. Pengatup menentukan imej yang ditangkap pada filem/sensor digital. Pengatup adalah lembaran plastik kecil yang membuka dan menutup untuk membenarkan cahaya ke filem atau menghalang cahaya daripada sampai ke filem/sensor . Pengatup dibuka apabila anda menekan butang pelepasan pengatup pada kamera untuk mengambil gambar. Kelajuan pengatup menentukan berapa lama shutter masih terbuka.


kelajuan pengatup membolehkan anda mengawal jumlah masa sebenar yang diperlukan ketika bukaan lensa.  bekerja bersama dengan bukaan yang dipilih mampu memastikan jumlah cahaya yang memasuki sensor kamera.  tujuan utama kelajuan pengatup ialah untuk memastikan jumlah rakaman kelajuan objek bergerak.  kelajuan pengatup yang pantas memegunkan pergerakkan, sementara pengatup perlahan pula akan mengaburkannya. lihat contoh bergambar dibawah...





bukaan (Aperture) dan kelajuan pengatup (Shutter Speed) berkerja bersama kerana kawalan keatas bukaan dan kelajuan pengatup memberi kesan kepada jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera.  korang mesti mengekalkan dedahan yang tepat oleh itu, jika korang menurunkan bukaan dengan satu henti (untuk mengurangkan bilangan cahaya yang masuk) korang perlu mengimbanginya dengan memperahankan kelajuan pengatup juga dengan satu henti (untuk membolehkan lebih banyak cahaya yang masuk). mungkin ini kedengaran agak kompleks, tetapi DSLR memberikan kelajuan pengatup yang tepat kepada anda apabila menetapkan bukaan dan sebaliknya.

 pelbagai jenis gambar dapat dihasilkan jika kita dapat memahami konsep sebenar kelajuan pengatup ini, serta kita perlu selarikan dengan bukaan aperture dan nilai iso.


contoh hasil gambar aku yang dilakukan dengan kelajuan pengatup perlahan






contoh gambar kelajuan pengatup pantas



Contoh lain korang boleh tgk dari Google


Sumber: Google & Majalah Dunia Kamera/01

Aperture

Kombinasi bukaan (Aperture) dan kelajuan pengatup mempunyai impak besar dalam fotografi.  Ia akan menentukan samada imej anda akan mendapat dedahan yang betul atau tidak.  ia juga boleh mengawal sesetengah kawasan pada imej dalam fokus atau subjek itu kabur atau tajam.




Terma Bukaan merujuk kepada kepada anak mata mekanikal dalam lensa.  Saiz bukaan ini akan memastikan bilangan kemasukan cahaya kedalam lensa yang akan kene pada sensor kamera.  saiz bukaan besar dan kecil dikenali sebagai 'f-stop' .  julat tipikal bukaan adalah f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16, f/22.  perlu diingatkan juga dimana jika semakin kecil no "f" itu, semakin besar bukaanya...seperti contoh dibawah.




selain itu juga, bukaan yang luas akan mengurangkan jarak jelas dan bukaan yang kecil akan meluaskan jarak jelas. lihat contoh bergambar dibawah...





 

Mengapa menggunakan bukaan kecil?
-menambahkan jarak jelas dalam rakaman dekat untuk memastikan keseluruhan pemandangan di dalam fokus dari depan ke belakang.  ini juga penting bila merakam pemandangan landskap.
-merakam tahap optimum dengan lebih perincian jadi bukaan kecil adalah terbaik untuk rakaman landskap dan sudut dalaman bangunan
-mengecilkan bukaan akan menyebabkan kelajuan pengatup perlahan dan menghasilkan efek gerakan kabur yang kreatif dan jejak cahaya yang menarik ketika waktu malam. 

Mengapa menggunakan bukaan luas?
-mengurangkan jarak jelas untuk hanya fokus kepada subjek sementara latar belakangnya kabur (Bokeh)
-boleh mengasingkan objek dari latarbelakang yang mengganggu
-semakin banyak cahaya yang menuju ke sensor, semakin pantas kelajuan pengatup untuk memegunkan aksi atau menghentikan gegaran kamera dari mengganggu rakaman anda
-mampu menghasilkan rakaman kreatif dengan lensa makro dengan mengawal di mana bahagian yang anda mahukan ia tajam.


Sumber: Google & Majalah Dunia Kamera/01

DSLR Basic - Aperture, Shutter Speed, & Iso

Aperture, Shutter Speed, & Iso nie tiga aspek penting, perkara basic yang sekurang-kurangnya kita perlu taw bila kita kita ada DSLR & mula berjinak dalam dunia fotografi nie samada sekadar hobi mcm aku, sebagai kerjaya dll. Sebagai pengenalan, rasanya korang bleh tgk video kat link nie sebagai permulaan  http://www.youtube.com/watch?v=pzgALhGF8_o  ...aku nak terang lebih-lebih pun aku masih baru dalam mende nie, tapi aku cuba berkongsi sekadar apa yang aku tahu..


Iso, Aperture & Shutter Speed saling berkaitan antara satu sama lain..ketiga-tiga aspek ini perlu selari dan melengkapi antara satu sama lain untuk menghasilkan gambar yang baik...insyallah, dlm entry yang akan datang, aku akan cuba terangkan satu persatu ttg tiga basic utama dalam DSLR...aku akan cuba berkongsi setakat yang aku mampu, setakat yang aku tahu, setakat yang aku dah blajo..untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, korang bleh cari kat google,,kat Malaysia skrang pun aku tgk dah makin banyak blog2 yang bercerita pasal fotografi nie..dunia fotografi nie dah semakin mendapat tempat kat Malaysia..jadi untuk budak baru mcm aku nie agak senang untuk cari maklumat berkaitan dan dalam masa yang sama boleh berkongsi =)