Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts
Showing posts with label Cerita Aku. Show all posts
Monday, 16 April 2018
Muhammad Adam Harith / Phoneography
Muhammad Adam Harith nama diberi, lahir pada 14 Januari 2018 bersamaan 26 Rabiulakhir 1439H merupakan cahaya mata aku yang pertama. DSLR kini digantikan dengan kamera dari phone sahaja untuk mengabdikan setiap kenangan.
Tuesday, 6 January 2015
Blog 2014
Sepanjang tahun 2014 nie mmg aku tak update lansung blog nie. gambar-gambar dalam blog aku tiba-tiba hilang. Ditambah rasa malas untuk upload balik gambar, jadi aku biarkan je blog nie. kalau ada masa baru la masukkan semula gambar-gambar yang hilang dulu. Rasa pelik pun ada tiba-tiba ja gambar semua boleh hilang. Jadi malam nie aku mulakan semula blog ini dengan harapan semangat nie akan terus berkekalan..huhuhuhuhuhu
Saturday, 5 October 2013
Datang Kembali
Rupanya Maybank Photo Awards ( http://www.maybankphotoawards.com ) ada lagi untuk taun 2013 nie...jadi aku pun teruih antaq gambaq lagi untuk tgk pekembangan yang ada dalam diri aku lepas beberapa ketika menceburi hobi fotografi nie...malas nak letak harapan tinggi sbb pesaingan dia agak kental...jadi lepas register, upload gambaq potrait bbrapa keping pastu biaq ja apa yang akan terjadi..hari nie saja nak bkk email untuk kasi clean & tgl email yang penting ja...tgk ada email dari Maybank Photo Awards kali nie..
aku pun tgk la, rupanya ada dua keping gambaq tersenarai dalam short list yang tak berapa nak short sgt ( http://www.maybankphotoawards.com/index.php?p=gallery )...
aku pun tgk la, rupanya ada dua keping gambaq tersenarai dalam short list yang tak berapa nak short sgt ( http://www.maybankphotoawards.com/index.php?p=gallery )...
taun lepaih aku ada jgk hantaq tapi apa pun tadak..hantaq kosong ja, lansung x terpapar ( http://kamalzakaria.blogspot.com/2012/11/teruja.html )
Saturday, 15 December 2012
Majalah..
Sejujurnya first time aku hantaq karya-karya aku kat majalah. harapan untuk karya aku kluaq kat majalah smemangnya aku x letak terlalu tinggi. mende nie mula bila aku beli satu majalah fotografi tempatan yang serasa aku baru keluaq. x banyak rasanya majalah fotografi tempatan dan ditulis dalam Bahasa Melayu. belek punyer belek aku nmpak satu ruangan untuk pengkarya-pengkarya tempatan memperkenalkan kayra-karya mereka. ruangan nie diberi nama Projek Infiniti & ruangan nie ada dalam majalah Dunia Kamera. mende nie x susah pun, duit pon x payah nak kluaq...cume buat satu essei pendek dan sertakan gambar-gambar yang nak di hantar ke obscura@duniakamera.my. Aku mula taw karya aku kluaq kat majalah nie bila Abang aku yang sememangnya sama hobi dengan aku dalam bidang fotografi nie beli majalah, pastu die cerita kat abang aku yang seorang lagi yang kebetulan berjumpa dekat ipoh..jadi cerita nie pun sampai la kat aku...apa lagi, trus aku x dok diam la punyer nak tengok sangat betoi ke x apa yang abang aku cerita nie. trus aku henjot moto g pekan cari majalah nie & hasilnya aku dapat jgk jumpa =)
trimo kasih pada Majalah Dunia Kamera =)
*kene bersedia dengan kritikan dari abam otai..hehehee
Wednesday, 21 November 2012
Teruja!!
Satu malam nie, aku telah mencapai tahap kebosanan yang melampau, disebabkan tak taw nak buat apa, aku pun buka la email dengan tujuan untuk kasi clean semua email yang telah berlonggokan. Tengah-tengah dok pilih email mana yang nak simpan & untuk dipadamkan, ternampk satu email yang sungguh suspen. Email dari satu pertandingan fotografi "Maybank Photography Awards"....memang aku ader join satu pertandingan nie & nie pertandingan pertama yang aku join,,,tapi suka-suka jer la sebab aku pun taw kemampuan aku yang newbee nie. apa lagi aku pun bukak la email yang buat aku suspen tadi...jeng jeng jeng...rupa-rupanya!!!............
HAHAHAHHAHA...die soh aku mai tengak finalists petandingan nie rupanya...hahahhaha....Tapi semua nie hanya suka-suka dan kalau ader rezeki, insyaallah aku akan join lagi mana-mana pertandingan =)
Subscribe to:
Posts (Atom)




