Monday 17 December 2012

Thailand Floating Market

Seperti biasa aku kalau kemana-mana pun mesti akan disertai skali kamera aku. aku kalau boleh nak abadikan setiap apa saja yang aku nampk, peristiwa-peristiwa, kenangan dan pengalaman. Segalanya aku nak abadikan dalam bentuk yang fizikal untuk kawan-kawan, keluarga & anak cucu semua boleh tgk.  dalam pada masa yang sama untuk dijadikan karya aku.  kali nie aku nak kongsikan skit gambo yang aku ambil masa pergi jalan-jalan kat floating market, Hatyai, Thailand





















Saturday 15 December 2012

Majalah..

Sejujurnya first time aku hantaq karya-karya aku kat majalah.  harapan untuk karya aku kluaq kat majalah smemangnya aku x letak terlalu tinggi.  mende nie mula bila aku beli satu majalah fotografi tempatan yang serasa aku baru keluaq.  x banyak rasanya majalah fotografi tempatan dan ditulis dalam Bahasa Melayu.  belek punyer belek aku nmpak satu ruangan untuk pengkarya-pengkarya tempatan memperkenalkan kayra-karya mereka.  ruangan nie diberi nama Projek Infiniti & ruangan nie ada dalam majalah Dunia Kamera.  mende nie x susah pun, duit pon x payah nak kluaq...cume buat satu essei pendek dan sertakan gambar-gambar yang nak di hantar ke obscura@duniakamera.my.  Aku mula taw karya aku kluaq kat majalah nie bila Abang aku yang sememangnya sama hobi dengan aku dalam bidang fotografi nie beli majalah, pastu die cerita kat abang aku yang seorang lagi yang kebetulan berjumpa dekat ipoh..jadi cerita nie pun sampai la kat aku...apa lagi, trus aku x dok diam la punyer nak tengok sangat betoi ke x apa yang abang aku cerita nie.  trus aku henjot moto g pekan cari majalah nie & hasilnya aku dapat jgk jumpa =)





trimo kasih pada Majalah Dunia Kamera =)

*kene bersedia dengan kritikan dari abam otai..hehehee

Wednesday 21 November 2012

Teruja!!


Satu malam nie, aku telah mencapai tahap kebosanan yang melampau, disebabkan tak taw nak buat apa, aku pun buka la email dengan tujuan untuk kasi clean semua email yang telah berlonggokan. Tengah-tengah dok pilih email mana yang nak simpan & untuk dipadamkan, ternampk satu email yang sungguh suspen.  Email dari satu pertandingan fotografi "Maybank Photography Awards"....memang aku ader join satu pertandingan nie & nie pertandingan pertama yang aku join,,,tapi suka-suka jer la sebab aku pun taw kemampuan aku yang newbee nie.  apa lagi aku pun bukak la email yang buat aku suspen tadi...jeng jeng jeng...rupa-rupanya!!!............






HAHAHAHHAHA...die soh aku mai tengak finalists petandingan nie rupanya...hahahhaha....Tapi semua nie hanya suka-suka dan kalau ader rezeki, insyaallah aku akan join lagi mana-mana pertandingan =)

Talent/lelaki

telant lelaki aku pown x banyak... terdiri dari kawan aku sendiri dan berlaku secara spontan. keluar jalan-aku bawak kamera-jumpa tempat cun-tangkap gambaq-edit-selesai.....hehehhe...aku lampirkan sedikit gambar kawan aku ngan gaya-gaya yang diorang buat secara spontan masa jadi telent lelaki aku =)









Aku pown tumpang sekaki jgk =)

Saturday 27 October 2012

majlis Perkahwinan (outdoor)

Mengambil gambar perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah.  Kalau dulu aku tgk org shoot gambo perkahwinan nampak mudah. apa yang aku pikir dlu "Apa susah!! pengantin datang shoot je lah pengantin tue bwat ape, die tgh bersanding ka, die tgh makan ka, shoot ja!".   Pada suatu hari aku telah diberi tugas untuk shoot gambar perkahwinan abang aku, dan pada hari tue aku dapat pengalaman yang sangat bermakna.  susah siot nak shoot gambaq orang kawin!.  Nak cari angle yang cantik, kene cari ruang dalam keramaian orang yang membuatkan aku jadi tension.  Bila tak berjaya shoot moment yang penting, mula la rasa nak down, pikirkan hasil untuk hari penting abang aku!  penat tue, boleh tahan la jgk.  macam-macam pengalaman baru aku dapat untuk kali pertama shoot gambar orang kawin nie. nie baru satu masjlis..hahahahah....aku lampirkan antara hasil dari aku sempena perkahwinan abang aku =)










Talent/Wanita

Sejujurnya amat jarang sekali aku untuk ambil gambar talent wanita, sebab aku lebih menjurus kepada potret warga tua.  Buat masa ini hanya ada seorang sahaja talent wanita yang aku slalu shoot dan dalam masa yang sama untuk aku bereksperimen  bagi hasil karya aku .  Aku lampirkan antara gambar satu-satunya talent wanita.


















Tuesday 9 October 2012

Potrait 'Wa Limah'

dalam cabang fotografi nie, potrait adalah antara yang ak minat...terutamanya warga tua..kebanyakkan potrait yang aku shoot, aku akan mintak kebenaran dulu pada tuan punya badan. rasanya lagi elok kalau dapat kebenaran.  gambar dibawah ini antara potrait yang menjadi kegemaran aku, yang di beri tajuk " Wa Limah"









Note : 'Wa Limah' dalam entry ini bukan bermaksud 'saya Limah'....perkataan 'Wa' dalam entry merupakan sebuah gelaran (Kebiasaanya diguna pakai di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah) kepada yang paling tua, atau sulong.  kebanyakkan negeri menggunakan perkataan along, kak long, mak long,  dll. tetapi bagi kebanyakkan penduduk di utara akan menggunakan panggilan 'Wa' (dalam keluarga aku pown pada yang sulung akan dipanggil "Wa", sebab Mak, Ayah & Adik bradik lain smua lahir di kedah, jadi sikit sebanyak budaya tue ada dalam keluarga aku walaupun dah menetap di Perak =)

Saturday 15 September 2012

Bunga




Bunga juga antara subjek yang aku gunakan untuk shoot gambar. kadang-kadang bila boring duduk dalam rumah tak taw nak buat apa, ak pown siap2 la kamera shoot bunga mak aku kat keliling rumah. kebiasaannya kalau ak shoot bunga nie, ak tgk cuaca dlu, kalau agak-agak matahari kuat, terutamanya waktu petang.  memang time-time mcm nie la aku shoot bunga untuk dapatkan gaya yang ak nak.  Nie la antara hasil shoot bunga:







bagi aku, shoot bunga dengan membelakangkan cahaya matahari akan dapat hasil yang lebih dramatik (aku pown tak taw nak guna istilahkan apa lagi).Tapi nie pendapat aku shj. =)

Friday 7 September 2012

family pic (1)

tak best rasanya kalo beli kamera, pas2 shoot sana sini, edit bebagai tp gambaq orang tedekat (Family) xder plak rasa nak amek ngan edit...ak mula rasa mende nie lepas ader baca satu post dari antara orang yang terkenal dalam dunia fotografi nie...pikir-pikir balik btol gak apa die ckp, sekurang-kurangnyanya bila orang disisi kita dah xda nnt, ader jgk kenangan kita nak ingat dalam bentuk yang fizikal (gambar)...jadi sebelum terlambat, beringat-ingat la.....sini ada beberapa gambaq family ak yang ak edit dan print untuk kenangan. gambaq lain x larat nak upload =)













 Sayangilah keluarga anda =)