Saturday 2 February 2013

Shutter Speed

Kelajuan pengatup (shutter speed) adalah salah satu kawalan yang paling asas penting pada kamera. Kelajuan shutter mengawal jumlah masa filem atau sensor digital terdedah kepada cahaya. Pengatup menentukan imej yang ditangkap pada filem/sensor digital. Pengatup adalah lembaran plastik kecil yang membuka dan menutup untuk membenarkan cahaya ke filem atau menghalang cahaya daripada sampai ke filem/sensor . Pengatup dibuka apabila anda menekan butang pelepasan pengatup pada kamera untuk mengambil gambar. Kelajuan pengatup menentukan berapa lama shutter masih terbuka.


kelajuan pengatup membolehkan anda mengawal jumlah masa sebenar yang diperlukan ketika bukaan lensa.  bekerja bersama dengan bukaan yang dipilih mampu memastikan jumlah cahaya yang memasuki sensor kamera.  tujuan utama kelajuan pengatup ialah untuk memastikan jumlah rakaman kelajuan objek bergerak.  kelajuan pengatup yang pantas memegunkan pergerakkan, sementara pengatup perlahan pula akan mengaburkannya. lihat contoh bergambar dibawah...





bukaan (Aperture) dan kelajuan pengatup (Shutter Speed) berkerja bersama kerana kawalan keatas bukaan dan kelajuan pengatup memberi kesan kepada jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera.  korang mesti mengekalkan dedahan yang tepat oleh itu, jika korang menurunkan bukaan dengan satu henti (untuk mengurangkan bilangan cahaya yang masuk) korang perlu mengimbanginya dengan memperahankan kelajuan pengatup juga dengan satu henti (untuk membolehkan lebih banyak cahaya yang masuk). mungkin ini kedengaran agak kompleks, tetapi DSLR memberikan kelajuan pengatup yang tepat kepada anda apabila menetapkan bukaan dan sebaliknya.

 pelbagai jenis gambar dapat dihasilkan jika kita dapat memahami konsep sebenar kelajuan pengatup ini, serta kita perlu selarikan dengan bukaan aperture dan nilai iso.


contoh hasil gambar aku yang dilakukan dengan kelajuan pengatup perlahan






contoh gambar kelajuan pengatup pantas



Contoh lain korang boleh tgk dari Google


Sumber: Google & Majalah Dunia Kamera/01

No comments:

Post a Comment