Saturday 27 October 2012

majlis Perkahwinan (outdoor)

Mengambil gambar perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah.  Kalau dulu aku tgk org shoot gambo perkahwinan nampak mudah. apa yang aku pikir dlu "Apa susah!! pengantin datang shoot je lah pengantin tue bwat ape, die tgh bersanding ka, die tgh makan ka, shoot ja!".   Pada suatu hari aku telah diberi tugas untuk shoot gambar perkahwinan abang aku, dan pada hari tue aku dapat pengalaman yang sangat bermakna.  susah siot nak shoot gambaq orang kawin!.  Nak cari angle yang cantik, kene cari ruang dalam keramaian orang yang membuatkan aku jadi tension.  Bila tak berjaya shoot moment yang penting, mula la rasa nak down, pikirkan hasil untuk hari penting abang aku!  penat tue, boleh tahan la jgk.  macam-macam pengalaman baru aku dapat untuk kali pertama shoot gambar orang kawin nie. nie baru satu masjlis..hahahahah....aku lampirkan antara hasil dari aku sempena perkahwinan abang aku =)










Talent/Wanita

Sejujurnya amat jarang sekali aku untuk ambil gambar talent wanita, sebab aku lebih menjurus kepada potret warga tua.  Buat masa ini hanya ada seorang sahaja talent wanita yang aku slalu shoot dan dalam masa yang sama untuk aku bereksperimen  bagi hasil karya aku .  Aku lampirkan antara gambar satu-satunya talent wanita.


















Tuesday 9 October 2012

Potrait 'Wa Limah'

dalam cabang fotografi nie, potrait adalah antara yang ak minat...terutamanya warga tua..kebanyakkan potrait yang aku shoot, aku akan mintak kebenaran dulu pada tuan punya badan. rasanya lagi elok kalau dapat kebenaran.  gambar dibawah ini antara potrait yang menjadi kegemaran aku, yang di beri tajuk " Wa Limah"









Note : 'Wa Limah' dalam entry ini bukan bermaksud 'saya Limah'....perkataan 'Wa' dalam entry merupakan sebuah gelaran (Kebiasaanya diguna pakai di negeri-negeri Utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah) kepada yang paling tua, atau sulong.  kebanyakkan negeri menggunakan perkataan along, kak long, mak long,  dll. tetapi bagi kebanyakkan penduduk di utara akan menggunakan panggilan 'Wa' (dalam keluarga aku pown pada yang sulung akan dipanggil "Wa", sebab Mak, Ayah & Adik bradik lain smua lahir di kedah, jadi sikit sebanyak budaya tue ada dalam keluarga aku walaupun dah menetap di Perak =)