Wednesday, 6 February 2013

Slow Shutter

sejak beli kamera nie kalo boleh smua benda aku nak try...aku search dalam google untuk cari mende-mende unik yang boleh dibuat dengan kamera, jadi aku jumpa istilah slow shutter nie...mmg aku teruja habis tgk gambo-gambo slow shutter & nak sangat buat..jadi jalan yang aku dapat blajo untuk buat slow shutter nie dekat you tube, blajo punyer blajo akhirnya aku dapat jgk faham mcm mana nak bwat mende nie..aku selitkan skit hasil dari slow shutter aku =)







ISO


ISO adalah tahap sensitiviti kamera anda kepada cahaya yang ada. Semakin rendah nombor ISO, semakin kurang sensitif kepada cahaya, manakala nombor ISO yang lebih tinggi meningkatkan sensitiviti cahaya pada kamera anda. Komponen dalam kamera anda yang boleh menukar sensitiviti dipanggil "sensor imej" atau  "sensor". Ia adalah yang bahagian paling penting pada kamera dan ianya bertanggungjawab untuk mengumpul cahaya dan menukarnya ke dalam bentuk imej. Dengan sensitiviti meningkat (iso tinggi), sensor kamera anda boleh menangkap imej dalam persekitaran cahaya rendah tanpa menggunakan flash.






Tetapi terdapat risiko apabila menggunakan iso pada nilai yang tinggi karana kemunculan 'noise' akan berlaku, perkara ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan kualiti gambar.








Bersambung............

Saturday, 2 February 2013

Shutter Speed

Kelajuan pengatup (shutter speed) adalah salah satu kawalan yang paling asas penting pada kamera. Kelajuan shutter mengawal jumlah masa filem atau sensor digital terdedah kepada cahaya. Pengatup menentukan imej yang ditangkap pada filem/sensor digital. Pengatup adalah lembaran plastik kecil yang membuka dan menutup untuk membenarkan cahaya ke filem atau menghalang cahaya daripada sampai ke filem/sensor . Pengatup dibuka apabila anda menekan butang pelepasan pengatup pada kamera untuk mengambil gambar. Kelajuan pengatup menentukan berapa lama shutter masih terbuka.


kelajuan pengatup membolehkan anda mengawal jumlah masa sebenar yang diperlukan ketika bukaan lensa.  bekerja bersama dengan bukaan yang dipilih mampu memastikan jumlah cahaya yang memasuki sensor kamera.  tujuan utama kelajuan pengatup ialah untuk memastikan jumlah rakaman kelajuan objek bergerak.  kelajuan pengatup yang pantas memegunkan pergerakkan, sementara pengatup perlahan pula akan mengaburkannya. lihat contoh bergambar dibawah...





bukaan (Aperture) dan kelajuan pengatup (Shutter Speed) berkerja bersama kerana kawalan keatas bukaan dan kelajuan pengatup memberi kesan kepada jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera.  korang mesti mengekalkan dedahan yang tepat oleh itu, jika korang menurunkan bukaan dengan satu henti (untuk mengurangkan bilangan cahaya yang masuk) korang perlu mengimbanginya dengan memperahankan kelajuan pengatup juga dengan satu henti (untuk membolehkan lebih banyak cahaya yang masuk). mungkin ini kedengaran agak kompleks, tetapi DSLR memberikan kelajuan pengatup yang tepat kepada anda apabila menetapkan bukaan dan sebaliknya.

 pelbagai jenis gambar dapat dihasilkan jika kita dapat memahami konsep sebenar kelajuan pengatup ini, serta kita perlu selarikan dengan bukaan aperture dan nilai iso.


contoh hasil gambar aku yang dilakukan dengan kelajuan pengatup perlahan






contoh gambar kelajuan pengatup pantas



Contoh lain korang boleh tgk dari Google


Sumber: Google & Majalah Dunia Kamera/01

Aperture

Kombinasi bukaan (Aperture) dan kelajuan pengatup mempunyai impak besar dalam fotografi.  Ia akan menentukan samada imej anda akan mendapat dedahan yang betul atau tidak.  ia juga boleh mengawal sesetengah kawasan pada imej dalam fokus atau subjek itu kabur atau tajam.




Terma Bukaan merujuk kepada kepada anak mata mekanikal dalam lensa.  Saiz bukaan ini akan memastikan bilangan kemasukan cahaya kedalam lensa yang akan kene pada sensor kamera.  saiz bukaan besar dan kecil dikenali sebagai 'f-stop' .  julat tipikal bukaan adalah f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16, f/22.  perlu diingatkan juga dimana jika semakin kecil no "f" itu, semakin besar bukaanya...seperti contoh dibawah.




selain itu juga, bukaan yang luas akan mengurangkan jarak jelas dan bukaan yang kecil akan meluaskan jarak jelas. lihat contoh bergambar dibawah...





 

Mengapa menggunakan bukaan kecil?
-menambahkan jarak jelas dalam rakaman dekat untuk memastikan keseluruhan pemandangan di dalam fokus dari depan ke belakang.  ini juga penting bila merakam pemandangan landskap.
-merakam tahap optimum dengan lebih perincian jadi bukaan kecil adalah terbaik untuk rakaman landskap dan sudut dalaman bangunan
-mengecilkan bukaan akan menyebabkan kelajuan pengatup perlahan dan menghasilkan efek gerakan kabur yang kreatif dan jejak cahaya yang menarik ketika waktu malam. 

Mengapa menggunakan bukaan luas?
-mengurangkan jarak jelas untuk hanya fokus kepada subjek sementara latar belakangnya kabur (Bokeh)
-boleh mengasingkan objek dari latarbelakang yang mengganggu
-semakin banyak cahaya yang menuju ke sensor, semakin pantas kelajuan pengatup untuk memegunkan aksi atau menghentikan gegaran kamera dari mengganggu rakaman anda
-mampu menghasilkan rakaman kreatif dengan lensa makro dengan mengawal di mana bahagian yang anda mahukan ia tajam.


Sumber: Google & Majalah Dunia Kamera/01

DSLR Basic - Aperture, Shutter Speed, & Iso

Aperture, Shutter Speed, & Iso nie tiga aspek penting, perkara basic yang sekurang-kurangnya kita perlu taw bila kita kita ada DSLR & mula berjinak dalam dunia fotografi nie samada sekadar hobi mcm aku, sebagai kerjaya dll. Sebagai pengenalan, rasanya korang bleh tgk video kat link nie sebagai permulaan  http://www.youtube.com/watch?v=pzgALhGF8_o  ...aku nak terang lebih-lebih pun aku masih baru dalam mende nie, tapi aku cuba berkongsi sekadar apa yang aku tahu..


Iso, Aperture & Shutter Speed saling berkaitan antara satu sama lain..ketiga-tiga aspek ini perlu selari dan melengkapi antara satu sama lain untuk menghasilkan gambar yang baik...insyallah, dlm entry yang akan datang, aku akan cuba terangkan satu persatu ttg tiga basic utama dalam DSLR...aku akan cuba berkongsi setakat yang aku mampu, setakat yang aku tahu, setakat yang aku dah blajo..untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, korang bleh cari kat google,,kat Malaysia skrang pun aku tgk dah makin banyak blog2 yang bercerita pasal fotografi nie..dunia fotografi nie dah semakin mendapat tempat kat Malaysia..jadi untuk budak baru mcm aku nie agak senang untuk cari maklumat berkaitan dan dalam masa yang sama boleh berkongsi =)

Try & Error - Part III

untuk dapatkan hasil yang memuaskan, x rugi kalu kita mencuba..sbb kadang-kadang dengan mencuba kita akan dapat satu pembelajaran yang kita x sangka..kadang-kadang dengan mencuba jgk akan jumpa sesuatu perkara baru..jadi apa salahnya mencuba =)