Sunday, 19 May 2013
Re-Post Potrait
potrait yang masih sama cuba diperbaharui dengan background yang lain serta sedikit efek...bahan dah x der, jadi x nak biarkan apa yang dah dipelajari jadi berkarat,,,edit balik potrait-potrait lama untuk exercise dan hasilnya......
Thursday, 9 May 2013
simple manipulation
manipulasi antara antara genre fotografi yang aku sangat minati..cuma nak blajo manipulasi nie agak memeningkan kepala sikit..dah lama rasanya aku cuba faham cara nak manipulasi gambar nie. sebelum nie aku hanya mampu melihat shj otai-otai dalam dunia manipulasi nie pamerkan karya diorang..selepas sekian lama aku mencuba akhirnya aku berjaya jgk hasilkan satu imej manipulasi yang simple namun membuatkan hati aku berasa lega sbb antara pekara yang aku nak buat berjaya dilaksanakan. walaupun x sehebat karya-karya kat luar sana, tp aku cukup rasa sedikit berpuas hati atas usaha aku..nie antara hasil karya manipulasi yang cukup simple..pembelajaran masih diteruskan untuk memantapkan lagi karya-karya aku..tq buat you tube & buku-buku yang sudi berkongsi ilmu....moral of the story, jgn berhnti mencuba =) . Ini beberapa keping gambar masa aku mula-mula belajar buat manipulasi.
Wednesday, 20 March 2013
Hutan Lipur Kuala Woh
aku bkn orang yang banyak masa nak pg saja-saja ke suatu tempat semata-mata untuk shoot gambo, kalau ada pun mungkin beberapa kali ja tue pown tempat semua berhampiran dgn atas sebab ajakan...jadi bila ada peluang untuk aku pg ketempat-tempat tertentu atas sebab-sebab penting, aku akan ambil peluang nie untuk tangkap gambo. baru-baru nie aku diberi kesempatan untuk hadir bersama-sama murid-murid skolah tempat aku mengajar ke satu kem kepimpinan di Kuala Woh..seperti yang sedia maklum, Hutan Lipur Kuala Woh nie antara detinasi percutian bagi mereka yang mahukan ketenangan sebab tempat nie terletak dikawasan yang agak pedalaman & dikelilingi hutan. Selain itu juga Kuala Woh nie terkenal dengan sumber mata air panas..aku sempat ambil sedikit masa untuk lakukan hobi aku, nie antara hasil-hasilnya =)
Thursday, 7 March 2013
Potrait : Anak-anak kecil
entry kali nie masih berkisar ttg potrait tetapi dalam lingkungan anak-anak kecil @budak kecik...selain dari potrait orang tua, wajah budak-budak kecik nie pown ader tarikan tersendiri. wajah tanpa dosa, sedap mata memandang...seronok ja tgk...aku kongsikan sikit hasil berkaitan potrait anak-anak kecil nie =)
Wednesday, 6 February 2013
Slow Shutter
sejak beli kamera nie kalo boleh smua benda aku nak try...aku search dalam google untuk cari mende-mende unik yang boleh dibuat dengan kamera, jadi aku jumpa istilah slow shutter nie...mmg aku teruja habis tgk gambo-gambo slow shutter & nak sangat buat..jadi jalan yang aku dapat blajo untuk buat slow shutter nie dekat you tube, blajo punyer blajo akhirnya aku dapat jgk faham mcm mana nak bwat mende nie..aku selitkan skit hasil dari slow shutter aku =)
ISO
ISO adalah tahap sensitiviti kamera anda kepada cahaya yang ada. Semakin rendah nombor ISO, semakin kurang sensitif kepada cahaya, manakala nombor ISO yang lebih tinggi meningkatkan sensitiviti cahaya pada kamera anda. Komponen dalam kamera anda yang boleh menukar sensitiviti dipanggil "sensor imej" atau "sensor". Ia adalah yang bahagian paling penting pada kamera dan ianya bertanggungjawab untuk mengumpul cahaya dan menukarnya ke dalam bentuk imej. Dengan sensitiviti meningkat (iso tinggi), sensor kamera anda boleh menangkap imej dalam persekitaran cahaya rendah tanpa menggunakan flash.
Tetapi terdapat risiko apabila menggunakan iso pada nilai yang tinggi karana kemunculan 'noise' akan berlaku, perkara ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan kualiti gambar.
Bersambung............
Saturday, 2 February 2013
Shutter Speed
Kelajuan pengatup (shutter speed) adalah salah satu kawalan yang paling asas penting pada kamera. Kelajuan shutter mengawal jumlah masa filem atau sensor digital terdedah kepada cahaya. Pengatup menentukan imej yang ditangkap pada filem/sensor digital. Pengatup adalah lembaran plastik kecil yang membuka dan menutup untuk membenarkan cahaya ke filem atau menghalang cahaya daripada sampai ke filem/sensor . Pengatup dibuka apabila anda menekan butang pelepasan pengatup pada kamera untuk mengambil gambar. Kelajuan pengatup menentukan berapa lama shutter masih terbuka.
kelajuan pengatup membolehkan anda mengawal jumlah masa sebenar yang diperlukan ketika bukaan lensa. bekerja bersama dengan bukaan yang dipilih mampu memastikan jumlah cahaya yang memasuki sensor kamera. tujuan utama kelajuan pengatup ialah untuk memastikan jumlah rakaman kelajuan objek bergerak. kelajuan pengatup yang pantas memegunkan pergerakkan, sementara pengatup perlahan pula akan mengaburkannya. lihat contoh bergambar dibawah...
bukaan (Aperture) dan kelajuan pengatup (Shutter Speed) berkerja bersama kerana kawalan keatas bukaan dan kelajuan pengatup memberi kesan kepada jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. korang mesti mengekalkan dedahan yang tepat oleh itu, jika korang menurunkan bukaan dengan satu henti (untuk mengurangkan bilangan cahaya yang masuk) korang perlu mengimbanginya dengan memperahankan kelajuan pengatup juga dengan satu henti (untuk membolehkan lebih banyak cahaya yang masuk). mungkin ini kedengaran agak kompleks, tetapi DSLR memberikan kelajuan pengatup yang tepat kepada anda apabila menetapkan bukaan dan sebaliknya.
pelbagai jenis gambar dapat dihasilkan jika kita dapat memahami konsep sebenar kelajuan pengatup ini, serta kita perlu selarikan dengan bukaan aperture dan nilai iso.
contoh hasil gambar aku yang dilakukan dengan kelajuan pengatup perlahan
contoh gambar kelajuan pengatup pantas
Contoh lain korang boleh tgk dari Google
Sumber: Google & Majalah Dunia Kamera/01
Subscribe to:
Posts (Atom)


-3-2.jpg)





























