Tuesday, 6 January 2015
manipulasi II
Banyak perkara baru yang aku dapat belajar mengenai manipulasi dalam fotografi. melihat hasil karya orang lain sebagai contoh, aku cuba membina gaya aku sendiri dalam manipulasi. ini antara karya baru aku sepanjang 2014.
Saturday, 5 October 2013
Datang Kembali
Rupanya Maybank Photo Awards ( http://www.maybankphotoawards.com ) ada lagi untuk taun 2013 nie...jadi aku pun teruih antaq gambaq lagi untuk tgk pekembangan yang ada dalam diri aku lepas beberapa ketika menceburi hobi fotografi nie...malas nak letak harapan tinggi sbb pesaingan dia agak kental...jadi lepas register, upload gambaq potrait bbrapa keping pastu biaq ja apa yang akan terjadi..hari nie saja nak bkk email untuk kasi clean & tgl email yang penting ja...tgk ada email dari Maybank Photo Awards kali nie..
aku pun tgk la, rupanya ada dua keping gambaq tersenarai dalam short list yang tak berapa nak short sgt ( http://www.maybankphotoawards.com/index.php?p=gallery )...
aku pun tgk la, rupanya ada dua keping gambaq tersenarai dalam short list yang tak berapa nak short sgt ( http://www.maybankphotoawards.com/index.php?p=gallery )...
taun lepaih aku ada jgk hantaq tapi apa pun tadak..hantaq kosong ja, lansung x terpapar ( http://kamalzakaria.blogspot.com/2012/11/teruja.html )
Monday, 19 August 2013
Family Outing
Jarang rasanya nak ada mase untuk outing family nie..gambar nie secara kebetulan masa nak pergi memancing, aku pun mmg dah standby kamera sebab aku taw tempat yang aku nak pegi nie biasanya die punya pemandangan memang cantik. Bila dah sampai port mancing nie, memang macam yang aku jangka die punye view memang terbaik..aku pun apa lagi, trus tangkap gambaq la sebelum memancing..yang jadi talentnya aku punyer kaum kerabat yang ikot pegi mancing la..nie ada beberapa gambar hasil dari outing
Sunday, 19 May 2013
Re-Post Potrait
potrait yang masih sama cuba diperbaharui dengan background yang lain serta sedikit efek...bahan dah x der, jadi x nak biarkan apa yang dah dipelajari jadi berkarat,,,edit balik potrait-potrait lama untuk exercise dan hasilnya......
Thursday, 9 May 2013
simple manipulation
manipulasi antara antara genre fotografi yang aku sangat minati..cuma nak blajo manipulasi nie agak memeningkan kepala sikit..dah lama rasanya aku cuba faham cara nak manipulasi gambar nie. sebelum nie aku hanya mampu melihat shj otai-otai dalam dunia manipulasi nie pamerkan karya diorang..selepas sekian lama aku mencuba akhirnya aku berjaya jgk hasilkan satu imej manipulasi yang simple namun membuatkan hati aku berasa lega sbb antara pekara yang aku nak buat berjaya dilaksanakan. walaupun x sehebat karya-karya kat luar sana, tp aku cukup rasa sedikit berpuas hati atas usaha aku..nie antara hasil karya manipulasi yang cukup simple..pembelajaran masih diteruskan untuk memantapkan lagi karya-karya aku..tq buat you tube & buku-buku yang sudi berkongsi ilmu....moral of the story, jgn berhnti mencuba =) . Ini beberapa keping gambar masa aku mula-mula belajar buat manipulasi.
Wednesday, 20 March 2013
Hutan Lipur Kuala Woh
aku bkn orang yang banyak masa nak pg saja-saja ke suatu tempat semata-mata untuk shoot gambo, kalau ada pun mungkin beberapa kali ja tue pown tempat semua berhampiran dgn atas sebab ajakan...jadi bila ada peluang untuk aku pg ketempat-tempat tertentu atas sebab-sebab penting, aku akan ambil peluang nie untuk tangkap gambo. baru-baru nie aku diberi kesempatan untuk hadir bersama-sama murid-murid skolah tempat aku mengajar ke satu kem kepimpinan di Kuala Woh..seperti yang sedia maklum, Hutan Lipur Kuala Woh nie antara detinasi percutian bagi mereka yang mahukan ketenangan sebab tempat nie terletak dikawasan yang agak pedalaman & dikelilingi hutan. Selain itu juga Kuala Woh nie terkenal dengan sumber mata air panas..aku sempat ambil sedikit masa untuk lakukan hobi aku, nie antara hasil-hasilnya =)
Thursday, 7 March 2013
Potrait : Anak-anak kecil
entry kali nie masih berkisar ttg potrait tetapi dalam lingkungan anak-anak kecil @budak kecik...selain dari potrait orang tua, wajah budak-budak kecik nie pown ader tarikan tersendiri. wajah tanpa dosa, sedap mata memandang...seronok ja tgk...aku kongsikan sikit hasil berkaitan potrait anak-anak kecil nie =)
Subscribe to:
Posts (Atom)















-3-2.jpg)



















